BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

COUNTDOWN

15 April 2010

# PEMBELAJARAN SEJARAH #

Seperti yang kita tahu..esok sekolah kita akan mengadakan hari anugerah. Ramai yang sibuk mnyiapkan persiapan. Hipotesisnya.. Bila dah cikgu sibuk buat persedian, maka tiadalah guru di dalam kelas. HAHAHA!!! Komputer dah ada di depan mata , saya pun edit la blog ni walaupun saya tidak tahu nak edit apa..HAHA! Jadi disini saya ingin menberitahu kepada semua ahli zamrud tentang asal usul nama negeri2 di Malaysia. Kita study sikit sejarah..hehehe!


ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG






Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
"Hamba cadangkan nama Karma Sari." "Hamba pula cadangkan Margapura." "Karma Sari lebih molek." "Molek lagi Margapura." "Pilihlah Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari molek!" "Molek lagi Margapura!" "Tengkorak hang!" "Opah hang!" "Opah hang!"
"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.



ASAL USUL NAMA NEGERI KEDAH




Kisah bermula apabila lima pemuda yang hensem-hensem dan bersopan-santun lagi merendah diri pergi merantau sambil makan angin. Kelima-lima pemuda tersebut berbuat begitu kerana ingin mencari kelainan di tempat orang. Setelah berminggu-minggu berjalan maka sampailah mereka ke satu tempat yang tiada berpenghuni.

Maka berkatalah pemuda satu,"Negeri apakah ini?" Keempat-empat kawannya menggeleng kepala. Lalu mereka berhenti untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba pemuda dua mengadu perutnya memulas.

"Aku sakit perut!" Dengan tidak semena-mena kawannya yang lain turut juga mengalami sakit perut. Oleh kerana menghormati satu sama lain, mereka pun berbincang untuk membahagikan kawasan. Berpecahlah mereka kepada lima bahagian dengan membuat petak-petak sempadan. Mereka berjanji akan selalu bertanya antara satu sama lain setiap dua minit sekali kerana takut salah seorang dari mereka akan hilang. Maklumlah tempat itu teramat sunyi dan asing bagi mereka.

"Belum ke sudah?" tanya pemuda satu selepas dua minit.
"Belum!" jawab kawannya serentak. Begitulah seterusnya hinggalah masing-masing keletihan bertanya dan menjawab. Maka pertanyaan pun diringkaskan.
"Ke dah?" tanya seorang.
"Belum," yang lain menjawab.

Akhirnya setelah berjam-jam bersoal jawab, maka perut mereka pun kembali pulih seperti biasa. Dalam keletihan untuk berjalan pulang, bertanyalah salah seorang dari mereka,"Ke dah?"
"Dah", jawab yang lain. Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai untuk mereka maka berjalanlah pulang kelima-lima pemuda itu balik ke negeri mereka semula. Selang beberapa bulan kemudian sepasang suami isteri sampai di situ pula. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja.

Mereka amat terkejut melihat satu tumbuhan subur dalam lima petak yang elok sempadannya. Kerana mahu mengambil buah-buah bewarna keemasan itu maka mengetamlah mereka. Oleh kerana tanaman itu subur maka letihlah suami isteri tersebut, ditambah pula dengan luasnya kawasan tanaman itu. Bertanyalah suami kepada isterinya,"Dah ke?"
"Belum."
Begitulah seterusnya sehingga selesai tiap-tiap satu petak tanaman itu. Bertanyalah lagi suami pada isterinya,"Dah ke?"
"Dah."

Dipercayai kerana saban tahun bertanya 'dah ke' dan dijawab pula 'dah' pada setiap kali mengetam maka resminya negeri tidak bernama itu dikenali dengan Kedah hingga sekarang. Petak- petak yang dipelopori oleh lima bersaudara itu juga dipercayai sebagai petak sawah sekarang. Padi yang menunduk itu juga dikatakan hasil dari badi lima bersaudara yang tinggi meninggi diri itu.

Begitulah kononnya pun.



ASAL USUL NAMA SERAWAK




Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.

Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.

Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.

Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya.
"Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua.
"Kenapa?" tanya semua yang hadir.
"Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat.
"Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ.
"Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat.
"Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir.

Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!"
"Awak la yang salah," pekik hadirin.
"Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan.
"Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir.
"SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.

Selepas 93 tahun mepertahankan pendapat masing-masing sambil memekik "SALAH AWAK!" dengan nada yang kuat maka kawasan tersebut akhirnya diisytiharkan menjadi sebuah negeri yang dinamakan "salahawak". Sehinggalah datangnya orang-orang Jepun yang berdagang di situ menyebut "Sarrawak" yang akhirnya dieja SARAWAK oleh penjajah Inggeris.

11 April 2010

# Zamrud's Marching !! #

Untuk pengetahuan semua..perbarisan zamrud mendapat no 1 untuk Hari Sukan 2010!! yah0o0!!!! Bukan senang untuk menang dalam perbarisan ini. Bertungkus-lumus ahli zamrud menyiapkan kostum dan maskot.Maskot zamrud ialah Naga yg diwakili oleh Jamali , hati 1 malaysia yg diwakili oleh Faiz dan nombor 1 malaysia yg diwakili oleh Izzat aiman. Ketua rumah zamrud memakai kostum india manakala penolong rumah zamrud memakai pakaian minangkabau. Kami pun tidak paham mngapa penolong rumah zamrud memakai sedemikian rupa. Saksikanlah gelagat2 ahli kawad zamrud.







Seperti yg kite tahu... Rumah kite berjaya merangkul johan bagi acara kawad ini.... Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....
omedeto......

$ button or butang $



Hah!? button?? ohhh..bende tu adalah hasil kerja pihak bashar. 1st time melihat button sebegitu indah...! fuyoh!! Button ini merupakan lambang dan identiti semua rumah. Di sini saya ingin menunjukkan button dari semua rumah !! Jadi..siapa yg masih lg belum membayar duit button itu...atau pun yg terambil dengan free walaupun tiada niat...silalah bayar ye...

"bendera oh bendera"




Emm...bendera!? haha bendera ni cam satu simbolik kedaulatan rumah zamrud laaa.alahai cam jalur gemilang ler gamaknyer..kene sayang abeh la..yang tukang lukisnye adalah sorang mamat tu..sapo ke namonye..aduhai lupe la pulak..haaaa udah ingat dah name nye Mohd Izzam.Hoho mamat ni memang pulun abeh nak siapkan bendera ni!! sampai mabuk di buatnya!tapi apa-apa pun memang lawa la bendera nye.

@READY SET GO!!! CHEERS!!@




HAHAHA!!!! Ini dia pasukan cheers zamrud yang pintar beraksi!! Mari kita bersorak! yang pastinya pasukan ini di sertai oleh perempuan ler tak kan la lelaki pulak...tapi tak tau la pulak mereka semua tu cun-cun ke idak...cumel-cumel kot hahahah!!Apa punmereka ini kuat berlatih hinggakan tulalng-tulang mereka bukan empat kerat udah jadi empat ribu kerat kihkihkih!!moga-moga menang ler gamoknya kan heheheh....caiyok!!!

# TARIK TALI KEDUA #





Pada 1 April , pertandingan tarik tali yang kedua telah diadakan bagi menentukan kedudukan bagi tempat ketiga dan keemapat. Pertandingan ini melibatkan rumah zamrud dan nilam.Kedua-dua rumah ini akan bersaing bagi merebut tempat yang teratas selepas kalah bagi peringkat yang pertama dahulu. Namun begitu, bagi rumah zamrud kekalah tersebut tidak langsung menjejaskan semangat juang mereka yang sangat gental. Kesimpulannya zamrud telah memenangai pertandingan tersebut . TAHNIAH!

# ZAMRUD T-SHIRT RELEASE #








Setelah sekian lama kami menunggu....akhirnya baju zamrud berjaya dihasilkan! Ramai cikgu2 mengatakan bahawa baju nilam yang paling smart .Namun begitu kami tetap bangga dan berpuas hati dengan baju zamrud kami!

10 April 2010

# KELEWATAN UPDATE BLOG #


Pada 11 Mac, peperiksaan selaras 1 berakhir. Keputusan peperiksaan selaras 1 bagi form 5 agak tidak memuaskan.Seperti yang kita tahu,Nur Fatin Aqilah Binti Abdul Ghani yang tidak pernah mendapat no. lain selain no. 1 dalam semua peperiksaan , tetapi beliau jatuh pada peperiksaan selaras 1 ini. Ini semua kerana beliau pergi Kursus ketua umum dan penolong ketua umum. Namun begitu , ahli zamrud tetap juga berjaya merangkul no 1 dalam peperiksaan selaras 1 2010 iaitu seorang lelaki tampan lagi comel bernama Tajul Syaqqil bin Tajor Amar. TAHNIAH diucapkan kepada beliau!!!

# KELEWATAN UPDATE BLOG #

Assalamualaikum diucapkan kepada semua ahli Zamrud...!! Pertama sekali EDITOR ingin meminta maaf atas kelewatan menupdate blog zamrud. Harap semua warga zamrud dapat memaafkan...

SEKIAN

28 February 2010

# PEPERIKSAAN SELARAS SATU BERMULA #

ASSALAMUALAIKUM. EDITOR dan rakan2 sepejuangan yang lain mengucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan selaras 1 yang berlangsung pada 4 mac 2010. Harap semua dah study dan dah bersedia dalam menghadapi peperiksaan ini. Anda semua boleh! yakin dengan diri anda!! SEMOGA BERJAYA!

19 February 2010

# ZAMRUD BELUM BERSEDIA!! #

Di sini kami ingin memberitahu bahawa kami tidak marah dan tiada rasa tidak puas hati terhadap keputusan tarik tali antara delima dengan zamrud. Kami akur segala keputusan. Harap tiada pergaduhan atau pemulauan berlaku diantara rumah zamrud dan delima serta semua rumah yg ada. Sekian!


Sikit lagi nak menang dipusingan pertama. Tetapi semua sudah tidak berdaya. Apa boleh buat. Nasib badan.




# SEBELUM ACARA TARIK TALI BERMULA #

Pada 10 Februauri 2010, acara tarik tali diadakan dan bukannya pada 9 Februari 2010. Ini semua disebabkan pelajar2 SBPI GOPENG kurang sedikit memberikan komitmen. Mereka turun padang lambat. Saya sebagai EDITOR mewakili semua ahli rumah zamrud menyusun semua jari yang ada memohon maaf kepada semua guru atas kekurangan komitmen kami pada 9 Februauri. MINTA MAAF CIKGU!!









Sukantara ZAMRUD 2010

Rumah zamrud mengadakan sukantara pada 28 Januari 2010. Alhamdulillah semua ahli zamrud telah memberikan komitmen yang tinggi dan sukantara berjalan dengan lancar sekali.Seperti yang kita tahu bencana alam telah melanda ketika sukantara rumah delima, maka disebabkan itu rumah delima mengadakan sukantara pada hari yang sama dengan sukantara rumah zamrud.



Telah menjadi lumrah pelajar baru tingkatan 1 mendaftar kesekolah setiap tahun. Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Gopeng kita ini telah digemparkan dengan 2 pasangan kembar iaitu pasangan lelaki dan perempuan. Salah satu pasangan kembar itu telah mendiami di Zamrud 4 iaitu dorm EDITOR sendiri.

Muqaddimah

Sebagai permulaan di sini. EDITOR bubuh gambar yang ada saja sebab gambar tidak ada. Harap guru2 rumah zamrud jgn berkecil hati kerana tidak diperkenalkan di dalam blog ini sebab tidak ada gambar.Sekian wasalam.

13 February 2010

Kepada semua ahli ZAMRUD....EDITOR mnx maaf atas kelewatan mnyiapkan blog zamrud...gamba pn x de lg...EDITOR sbok...ble ade mse nnti...EDITOR akn bubuh gamba2....tp anda sume tlg le...sumbangkn gamba2 yg ade..spe2 yg ade camera 2...tngkp2 la gamba...then bg kat EDITOR..nnti EDITOR buh la...

harap maklum...

07 February 2010

hoooray!!

Glitter Text