Seperti yang kita tahu..esok sekolah kita akan mengadakan hari anugerah. Ramai yang sibuk mnyiapkan persiapan. Hipotesisnya.. Bila dah cikgu sibuk buat persedian, maka tiadalah guru di dalam kelas. HAHAHA!!! Komputer dah ada di depan mata , saya pun edit la blog ni walaupun saya tidak tahu nak edit apa..HAHA! Jadi disini saya ingin menberitahu kepada semua ahli zamrud tentang asal usul nama negeri2 di Malaysia. Kita study sikit sejarah..hehehe!
ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
"Hamba cadangkan nama Karma Sari." "Hamba pula cadangkan Margapura." "Karma Sari lebih molek." "Molek lagi Margapura." "Pilihlah Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari!" "Margapura!" "Karma Sari molek!" "Molek lagi Margapura!" "Tengkorak hang!" "Opah hang!" "Opah hang!"
"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.
ASAL USUL NAMA NEGERI KEDAH
Kisah bermula apabila lima pemuda yang hensem-hensem dan bersopan-santun lagi merendah diri pergi merantau sambil makan angin. Kelima-lima pemuda tersebut berbuat begitu kerana ingin mencari kelainan di tempat orang. Setelah berminggu-minggu berjalan maka sampailah mereka ke satu tempat yang tiada berpenghuni.
Maka berkatalah pemuda satu,"Negeri apakah ini?" Keempat-empat kawannya menggeleng kepala. Lalu mereka berhenti untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba pemuda dua mengadu perutnya memulas.
"Aku sakit perut!" Dengan tidak semena-mena kawannya yang lain turut juga mengalami sakit perut. Oleh kerana menghormati satu sama lain, mereka pun berbincang untuk membahagikan kawasan. Berpecahlah mereka kepada lima bahagian dengan membuat petak-petak sempadan. Mereka berjanji akan selalu bertanya antara satu sama lain setiap dua minit sekali kerana takut salah seorang dari mereka akan hilang. Maklumlah tempat itu teramat sunyi dan asing bagi mereka.
"Belum ke sudah?" tanya pemuda satu selepas dua minit.
"Belum!" jawab kawannya serentak. Begitulah seterusnya hinggalah masing-masing keletihan bertanya dan menjawab. Maka pertanyaan pun diringkaskan.
"Ke dah?" tanya seorang.
"Belum," yang lain menjawab.
Akhirnya setelah berjam-jam bersoal jawab, maka perut mereka pun kembali pulih seperti biasa. Dalam keletihan untuk berjalan pulang, bertanyalah salah seorang dari mereka,"Ke dah?"
"Dah", jawab yang lain. Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai untuk mereka maka berjalanlah pulang kelima-lima pemuda itu balik ke negeri mereka semula. Selang beberapa bulan kemudian sepasang suami isteri sampai di situ pula. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja.
Mereka amat terkejut melihat satu tumbuhan subur dalam lima petak yang elok sempadannya. Kerana mahu mengambil buah-buah bewarna keemasan itu maka mengetamlah mereka. Oleh kerana tanaman itu subur maka letihlah suami isteri tersebut, ditambah pula dengan luasnya kawasan tanaman itu. Bertanyalah suami kepada isterinya,"Dah ke?"
"Belum."
Begitulah seterusnya sehingga selesai tiap-tiap satu petak tanaman itu. Bertanyalah lagi suami pada isterinya,"Dah ke?"
"Dah."
Dipercayai kerana saban tahun bertanya 'dah ke' dan dijawab pula 'dah' pada setiap kali mengetam maka resminya negeri tidak bernama itu dikenali dengan Kedah hingga sekarang. Petak- petak yang dipelopori oleh lima bersaudara itu juga dipercayai sebagai petak sawah sekarang. Padi yang menunduk itu juga dikatakan hasil dari badi lima bersaudara yang tinggi meninggi diri itu.
Begitulah kononnya pun.ASAL USUL NAMA SERAWAK
Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.
Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.
Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.
Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya.
"Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua.
"Kenapa?" tanya semua yang hadir.
"Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat.
"Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ.
"Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat.
"Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir.
Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!"
"Awak la yang salah," pekik hadirin.
"Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan.
"Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir.
"SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.
0 comments:
Post a Comment